Terdapat banyak informasi di luar sana tentang isu tarif ini, tetapi kebanyakannya sama ada terlalu susah untuk difahami β atau bila baca pun, rasa macam tak baca apa-apa.
Dalam video ini, saya cuba berikan penjelasan yang ringkas β tapi tetap padatΒ supaya anda faham apa yang sebenarnya sedang berlaku.
Presiden Donald Trump telah melancarkan gelombang baru tarif (cukai import) ke atas negara-negara lain, termasuk Malaysia, sebagai sebahagian daripada perang dagangan dengan China dan negara-negara ASEAN.
Tarif asas 10% ke atas semua barang import dari seluruh dunia
Tarif "balas balik" (reciprocal) setinggi 145% ke atas negara yang ada lebihan dagangan dengan AS - seperti China
Malaysia dikenakan tarif 24% (kecuali untuk sarung tangan dan semikonduktor)
Bayangkan begini:
Anda pemilik kedai di Amerika. Anda beli barang dari syarikat Malaysia dengan harga RM1,000.
Dengan tarif 24%, anda perlu bayar:
RM1,000 + RM240 (tarif) = RM1,240
RM240 itu adalah cukai kepada kerajaan AS, bukan untuk penjual Malaysia.
Ini menyebabkan:
Harga barang naik
Pelanggan mungkin tak mahu beli
Pembeli Amerika cari alternatif lebih murah (contohnya dari Singapura yang hanya dikenakan 10% tarif)
Pada tahun 2024, Malaysia ada lebihan dagangan AS sebanyak USD24.8 bilion
Sebab itu kita termasuk dalam senarai "Dirty 15" Trump
Mulai 9 April 2025, tarif 24% dikenakan ke atas kebanyakan produk eksport Malaysia ke Amerika
Nasib baik, semikonduktor dan sarung tangan dikecualikan buat masa ini
Saham-saham syarikat eksport (elektronik, perabot, getah dll) jatuh sebaik saja tarif diumumkan
Pelabur takut keuntungan syarikat akan merosot
Elektrik & elektronik (E&E)
Mesin & peralatan
Produk getah
Perabot
Minyak sawit
"Contohnya: 54.6% daripada eksport Malaysia ke AS adalah produk elektronik. Tapi semikonduktor (RM45.3 bilion) dikecualikan, itu memberi sedikit kelegaan."
Ada yang alih tumpuan ke pasaran Eropah & China
Ada yang pindahkan operasi ke Singapura (kerana hanya dikenakan 10%)
Ada yang kurangkan margin untung untuk kekal bersaing
Dan baru baru ini trump mengumumkan Tempoh "Cool-Off" 90 Hari Β untuk lebih 60 negara, termasuk Malaysia, tarif tinggi akan ditangguhkan selama 90 hari.
Sepanjang 90 hari ini, Malaysia hanya dikenakan tarif asas 10%
Selepas itu, jika tiada rundingan, tarif 24% akan dikuatkuasakan sepenuhnya
Tujuannya: beri ruang untuk rundingan perdagangan antara AS dan negara-negara terlibat
Namun, China tidak termasuk dalam pengecualian ini β dan kekal dikenakan tarif tinggi (hingga 145% untuk sesetengah produk).
Apakah itu dirty 15
Dirty 15" ialah nama yang Donald Trump beri kepada 15 negara yang dia rasa tak adil dengan Amerika Syarikat.
Contoh:
Bayangkan kau selalu belanja kawan makan, tapi dia tak pernah belanja balik. Satu hari kau marah dan cakap:
βKau masuk senarai hitam aku.β
Itulah yang Trump buat. Dia cakap:
βNegara-negara ni ambil kesempatan β dalam perdagangan .
Contohnya, Malaysia mempunyai defisit perdagangan sekitar $24.8 bilion dengan AS, menjadikannya antara negara yang dikenakan tarif tambahan
AS mengalami defisit perdagangan dan ini juga bermaksud maksudnya AS lebih banyak beli barang dari Malaysia berbanding Malaysia beli dari AS. Jadi duit "keluar" dari AS.
Discover the emotional patterns that drive investors on Bursa Malaysia through every market cycle. From disbelief to euphoria and backβlearn to manage your mindset and invest smarter.
Investing in Bursa Malaysia isnβt just about reading financial statements or technical chartsβitβs about understanding human emotion. Whether itβs the rush of chasing a hot stock or the fear during a market crash, your psychology plays a huge role in your investing decisions.
The well-known βpsychology of a market cycleβ chart explains how price movements are often a mirror of investor emotions. In this article, weβll walk through each stage of the cycle and relate it to real patterns seen in Malaysiaβs stock marketβfrom speculative booms to downturns like the 2020 COVID crash or sectoral selloffs in glove stocks.
If youβve ever bought high and sold low, this guide will help you understand why, and how to break the cycle.
After a prolonged downturn, the FBM KLCI or your favourite counter starts to recover. But most investors are still skeptical. Burned by previous losses, they believe itβs just a temporary rebound.
This is when smart money quietly begins accumulating undervalued stocksβespecially in sectors beaten down during the previous cycle, like oil & gas, property, or construction.
Investor Insight: If no oneβs excited but price is slowly climbing on strong volume, you might be at the start of a new uptrend.
News starts turning slightly positiveβeconomic indicators improve, Bank Negara signals a stable outlook, or exports show growth. Investors cautiously begin re-entering, focusing on blue-chip counters or dividend stocks.
Caution: Donβt rush in with full capital. Use this phase to identify high-potential stocks backed by fundamentals.
The FBM KLCI or sector indices (like Technology or Financials) pick up speed. Retail investors return. Analysts upgrade earnings forecasts. Telegram and Facebook groups start getting active again.
Typical Behavior: Investors feel confident. Valuations still look reasonable, and investing feels βsafeβ again.
At this stage, confidence becomes conviction. Many investors fully commit their funds. Penny stocks and speculative counters start rallying. IPOs get oversubscribed.
Red Flag: This is when risk management starts to drop. People believe, βThis time itβs different.β
This is the emotional peak of the market. Gains come quickly. Stocks like glove makers, tech counters, or newly listed IPOs hit record highs. Everyoneβfrom uncles to Grab driversβis talking about the market.
Real Case: In 2020, glove stocks like Top Glove and Supermax surged beyond their fundamentals. Many bought late, believing the rally would continue forever.
Reality: Euphoria is the most dangerous time to invest. Itβs when smart money exits quietly, leaving latecomers holding overpriced positions.
The rally starts to slow. Price corrections begin. Investors start feeling nervous. βIs this just a healthy pullback?β they ask themselves.
This is where emotional bias kicks in. Many ignore signs of weakness and hold on, expecting prices to bounce.
Despite consistent declines, investors remain optimistic. They may average down, convinced that the fundamentals are still intact.
Common Mistake: Investors refuse to accept a change in trend. They read too many bullish articles, ignoring clear technical warnings.
Selling accelerates. The market drops sharplyβeither from bad news (like an interest rate hike) or global panic (e.g., tech selloffs or commodity crashes).
Retail investors start dumping shares. Some exit completely, locking in heavy losses.
Recent Example: In 2022, tech stocks like Dnex, UWC, and Inari saw massive drawdowns. Many who bought during the 2021 highs panic-sold at the bottom.
Investors blame the government, analysts, social media groups, or βwhales.β Forums are filled with frustration. Many vow never to invest again.
Mindset Check: This is the emotional bottomβbut not always the price bottom. Recognize this as part of the cycle.
Prices stabilize at low levels. Volume dries up. Most investors stop checking the market. They unsubscribe from trading groups and avoid investing conversations.
Opportunity Insight: Historically, this has been the best time to buy. Stocks are cheap, and fear is highβbut so is potential.
The market begins a slow recovery. But most investors ignore it, too afraid to re-enter. Volume rises slowly. Price trends upwardβbut few believe itβs real.
And so the cycle begins again.
Track your emotions. Know whether youβre acting out of fear, greed, or logic.
Use a trading or investing plan. Donβt buy because of hype. Buy based on value and timing.
Review the charts and volume. Watch for accumulation during low-volume periods.
Think long-term. Cycles take months or years. Don't be shaken by short-term moves.
Be greedy in fear, cautious in euphoria. Most wealth is built by being contrarian with discipline.
Market cycles are driven by emotions, not just earnings. Whether you're investing in large caps on the FBM KLCI or growth counters on the ACE Market, your mindset will determine your long-term success.
By understanding the psychology behind each phase of the marketβdisbelief, euphoria, panic, and beyondβyouβll begin to recognize patterns others miss. And in doing so, youβll gain the greatest trading edge of all: emotional clarity in a market full of noise.
"Pump and Dump" dalam saham merujuk kepada satu taktik manipulasi pasaran di mana harga saham sengaja "dipam" (pump) naik secara mendadak melalui promosi yang palsu atau mengelirukan, kemudian pelaku akan "membuang" (dump) saham itu pada harga tinggi untuk mengambil keuntungan, meninggalkan pelabur lain dengan kerugian bila harga jatuh mendadak selepas itu.
π Pump = Harga saham sengaja dinaikkan secara agresif (melalui hype, spekulasi, group Telegram, media sosial, dan khabar angin).
π Dump = Bila harga sudah tinggi dan ramai orang beli, pelaku mula jual semua saham mereka (ambil untung), menyebabkan harga jatuh menjunam.
Saham penny stock / murah (harga bawah RM1, kadang-kadang bawah 10 sen).
Volume dagangan tiba-tiba naik luar biasa.
Tiada berita kukuh atau asas syarikat yang kuat, tapi harga naik mendadak.
Dibincangkan secara agresif dalam group saham / media sosial (Telegram, Facebook, TikTok).
Graf harga bentuk menara β naik laju, kemudian jatuh menjunam dalam masa singkat.
Company kecil (low market cap) dengan rekod kewangan lemah atau rugi.
Boleh rugi besar dalam masa beberapa hari atau jam.
Susah untuk jual semula bila harga jatuh (tiada pembeli).
Emosi jadi tak stabil bila terperangkap (panic sell, stress, revenge trade)
β Fokus saham yang ada asas kukuh β untung konsisten, ada pertumbuhan.
β Elak saham yang naik mendadak tanpa sebab fundamental.
β Jangan ikut "buy call" dari group Telegram / Facebook secara membuta tuli.
β Gunakan screener untuk tapis saham dengan kewangan baik.
β Perhati volume dan pattern harga β jangan kejar saham yang sudah naik banyak.
β Ada trading plan β tahu bila nak masuk dan keluar, jangan FOMO.
β
Jangan tamak
β
Jangan mimpi nak kaya cepat
β
Bersyukur dengan apa yang ada
β
Jangan salahkan orang lain
Kalau nak sesuatu, mesti sanggup berkorban dulu. This is life .
k.thax.bye
Saya menerima banyak mesej peribadi (PM) di TikTok, YouTube, dan WhatsApp:
"Weng, saham jatuh menjunam, apa dah jadi ni?! Saya dah guna sistem GROW dan indikator dari sifu XYZ, tapi tetap gagal!"
Saya faham - Inilah pemikiran dan mindset saya sebagai seorang pelabur yang tak mahu mengambil risiko tinggiβhanya mahukan keuntungan yang konsisten.Β
Biar lambat, asalkan selamat.
PEMIKIRAN SAYA:
TAK MUNGKIN ada saham dalam dunia ini yang hanya naik tanpa pernah turun. Bila anda faham FAKTA ini, perkara seterusnya yang anda perlu tahu ialah:
Kenapa ada sesetengah saham jatuh teruk, tetapi ada juga yang masih stabil?
Ya, BUKAN SEMUA SAHAM JATUH TERUK.
Adakah ia disebabkan oleh:
Masalah geopolitik?
Kadar pertukaran mata wang asing?
Boikot?
Adakah ia sementara shj?
Adakah keadaan ini akan berterusan untuk 10-20 tahun akan datang? Jika ia hanya sementara, relaks je.
Adakah syarikat yang anda beli itu masih akan diperlukan dalam tempoh 20-30 tahun akan datang?
Contohnya:
Maybank β Adakah akan bankrap dalam 20 tahun? Tak berapa mungkin.
TNB β Adakah akan bankrap dalam 20 tahun? Tak berapa mungkin.
Jadi, jika harga saham jatuh, apa yang perlu anda buat?_____________________(isi tempat kosong)
Saya seorang pelabur yang fokus pada low risk, jadi saya memang beli saham jenis ini dalam jumlah yang agak banyak dan biarkan saja untuk 10-20 tahun. Saya jana duit melalui dividen dan capital gain (minimum)
Dalam portfolio saya, saya juga ada saham GROWTH.
Berbanding dengan saham yang lebih stabil, saham growth mempunyai risiko lebih tinggi kerana kebanyakannya bergantung kepada trend masa depanβcontohnya, syarikat dalam bidang AI, pusat data, tenaga solar, EV dan sebagainya.
Melabur dalam saham ini bagi saya umpama "Siapa makan cili, dia yang terasa pedas."
Kalau nak yang manis saja, labur dalam syarikat seperti bank atau TNBβkurang pedas.
Kalau sanggup ambil risiko sikit, boleh labur dalam saham growth ikut formula GROW untuk mengurangkan risiko kerugian, dan MAXIMIZE KEUNTUNGAN.
Keempat:
Kerana kawan suruh?
Kerana emosi?
Kerana nak ikut trend ?
Kerana ramai orang tengah post tentang saham itu kat social media?
SEMUA INI ADALAH ILUSI.
Ia hanyalah market noise dan market sentiment semata-mata.
Harga saham tak akan kekal tinggi hanya kerana ilusi ini. Kita kena faham:
β
SAHAM = BISNES
β
BISNES = SAHAM
Jika bisnes jatuh, harga saham juga akan jatuh.
Jadi, sebelum beli saham, study dulu fundamental bisnes tersebut:
Apa perniagaan yang mereka jalankan?
Bagaimana prestasi pendapatan (revenue) mereka dalam 3-5 tahun iniβnaik atau turun?
Bagaimana EPS (Earnings Per Share) syarikat?
dan sebagainya.
Kalau tak study, hanya tengok carta dan ikut market noise, itu bukan melaburβitu berjudi.
Kalau tak tahu apa-apa tapi tetap nak melabur, kalau ini bukan judi, nak panggil apa?
Main tembak? Main guli?
Kalau bapak kaya, tak apaβrugi ratus ribu pun sap sap sui.
Tapi kalau dari keluarga B40 macam saya, pergh⦠memang GG (game over).
LEARN FIRST, BEFORE YOU EARN. π
Jika anda tak sanggup ambil risiko langsung, takut rugi walaupun 1 senβ
β
Letak duit dalam fixed deposit
β
Simpan dalam KWSP
β
Atau langsung tak perlu melabur
Kalau cuma bergantung kepada gaji, simpan dalam bank saja, jangan mimpi nak jana duit extra dan jangan mengeluh kenapa duit tak pernah cukup setiap bulan.
β
Jangan tamak
β
Jangan mimpi nak kaya cepat
β
Bersyukur dengan apa yang ada
β
Jangan salahkan orang lain
Kalau nak sesuatu, mesti sanggup berkorban dulu. This is life .
k.thax.bye
DAY 36: Alamak, market jatuh merundum ?Apa yang pelabur boleh buat? Part 2
Lets go, jika kita melihat semua saham dalam portfolio kita, bagaimana kita menentukan syarikat mana yang mempunyai potensi lebih besar dan syarikat mana yang lebih berisiko?Β
Jadi, perkara pertama yang penting ialah kita perlu membuat analisis statistik. Jadi paling simple adalah bandingkan prestasi syarikat besar dengan syarikat kecil, bagaimana situasinya.?
Ok, jadi first sekali, jika kita melihat carta ini, di bahagian kiri atas adalah KLCI kita. Jadi, indeks KLCI yang saya ambil adalah berdasarkan trend pasaran. Anda boleh lihat bahawa pasaran mengalami kenaikan pada satu tempoh tertentu, sehingga ke puncaknya, dan saya letakkan kotak merah di situ supaya anda semua boleh nampak sejauh mana kejatuhan berlaku dari paras tertinggi hingga ke paras sekarang.
Di sebelahnya, saya telah membuat satu analisis perbandingan. Jika kita lihat KLCI, yang terdiri daripada 30 syarikat besar, pada kemuncaknya, indeks mencapai 1676 mata sebelum mengalami penurunan ke paras 1522 mata.
Jika dikira, kadar penurunan setakat ini adalah sekitar 9%. Oleh itu, walaupun kita kata pasaran sangat panik, namun bagi saham syarikat besar, kejatuhan ini masih terkawal dan tidak terlalu menakutkan, kerana ia hanya turun sekitar 9%.
Jika kita melihat kepada syarikat kecil pula, di bahagian bawah kiri carta ini adalah indeks syarikat berskala kecil, iaitu indeks Small Cap. Anda boleh lihat bahawa trendnya adalah sama, di mana pasaran meningkat pada tempoh tertentu sebelum mula menurun.
Namun, ada satu fenomena di sini yang mungkin anda perasan, iaitu kejatuhan harga bagi saham syarikat kecil berlaku lebih awal. Ia mula menurun lebih awal berbanding saham syarikat besar.
Anda boleh lihat pada tanda merah di bawah ini, yang menunjukkan titik permulaan penurunan. Jika kita bandingkan dengan syarikat besar, penurunan bagi syarikat besar berlaku agak lambat sedikit berbanding saham syarikat kecil. Jadi, saham syarikat kecil bergerak lebih pantas.
Selain itu, anda juga boleh perhatikan bahawa magnitud atau skala penurunannya jauh lebih besar. Seperti yang anda boleh lihat dalam indeks di sebelah kanan, pada puncaknya, indeks syarikat kecil mencapai sekitar 19,994 mata sebelum turun ke paras semasa iaitu 14,816 mata.
Jadi, jika kita lihat dari perspektif syarikat kecil, ia sudah mengalami penurunan sebanyak 25% hingga 26%. Jika anda seorang pelabur yang berpengalaman, anda pasti tahu bahawa jika dibandingkan antara syarikat besar dan syarikat kecil, syarikat besar sememangnya lebih rendah risikonya.
Sebaliknya, syarikat kecil lebih berisiko kerana operasi keseluruhannya lebih kecil. Apabila menghadapi cabaran atau krisis, mereka lebih terdedah kepada bahaya. Oleh itu, para pelabur cenderung untuk mengambil tindakan terhadap saham syarikat kecil dengan menjual untuk mengurangkan risiko.
Jadi, dari sini kita dapat membuat kesimpulan bahawa jika dilihat dari segi portfolio pelaburan, saham syarikat besar lebih stabil, manakala saham syarikat kecil memerlukan perhatian yang lebih berhati-hati.
DAY 35: MARKET DOWN , NAK BUAT MACAM MANA? CUT LOSS ? BUY MORE? - PART 1
Panik Pasaran: Pelabur Perlu Buat Apa?Β Β
Secara jujur, keadaan pasaran sekarang ini tidak begitu optimistik, betul tak? Kita boleh katakan bahawa pasaran Amerika pada masa ini mencetuskan terlalu banyak kekecohan. Trump, sebagai tokoh berpengaruh, memberi kesan yang kuatβsekejap cakap nak kenakan tarif, sekejap kata tak mahu tarif. Keadaan seperti ini menyebabkan pasaran jadi panik. Kita juga melihat pasaran Amerika semalam mengalami kejatuhan besar, jadi hari ini situasinya juga sama. Pasaran saham Malaysia (Bursa Malaysia) turut menyaksikan banyak syarikat mengalami penurunan harga saham.
Dalam keadaan seperti ini, sudah tentu ramai yang berasa tidak sabar dengan prestasi pasaran dan tidak tahu apa langkah seterusnya. Malah, ada yang mula tertanya-tanya, "Adakah ini benar-benar kejatuhan pasaran (market crash)?" Jadi, apa yang kita lakukan dalam situasi ini?
Banyak benda yang kita tidak boleh kawal dan tak expect, sebagai contoh tak ada orang tahu Trump bila nak melaksanakan tariff , covid right .Jadi dalam dunia pelaburan ini , mmg banyak benda yang kita tidak dapat expect , therefore risk management adalah sangat penting.
"Successful investing is about managing risk, not avoiding it." β Benjamin Graham
Masa market down , Ramai orang mungkin berfikir, "Baik kita jual semua, saham (cut loss), pegang tunai, dan tunggu sehingga harga saham mencapai tahap tertentu sebelum melabur semula." Namun, adakah menjual semua saham dan hanya memegang tunai adalah strategi yang betul atau salah? Hari ini saya tidak akan membincangkan perkara itu. Saya biarkan anda sendiri fikirkan.
Tetapi ada satu perkara pentingβtak kira saham apa yang anda pilih, pelabur-pelabur terhebat di dunia sentiasa mengatakan bahawa kita tidak sepatutnya menjual semua pegangan saham kita. Ini kerana jika kita terlepas satu hari yang penting dalam pasaran, ia mungkin bermaksud kehilangan peluang kenaikan harga yang besar. Kesilapan ini boleh menjadi satu peluang yang terlepas begitu sahaja.
"Waiting helps you as an investor and a lot of people just can't stand to wait." β Charlie Mungerβ
Namun, perkara yang paling penting adalah kita perlu menyesuaikan semula portfolio pelaburan kita. Keadaan pasaran sekarang memberi petunjuk bahawa ia kurang stabil.
Article yang kedua saya akan kongsi , apakah strategy yang pelabur hebat di market guna , pada masa yang buruk seperti ini. Stay tune.
DAY 34: SEKTOR OIL & GAS BOLEH MASUK TAK?
Minyak dunia tengah jadi isu panas! Harga minyak naik turun tak menentu, dan pelabur pun pening kepala. Tapi ada berita terbaru yang boleh ubah permainan!
Trump dah umum dia nak tingkatkan pengeluaran minyak di AS, strategi yang boleh tekan harga minyak turun. Pada masa yang sama, OPEC yang sebelum ini menahan diri daripada menambah pengeluaran, kini mula berubah fikiran! Mereka rancang nak tingkatkan produksi bermula April.
Kalau dua gergasi minyak dunia ini terus naikkan pengeluaran, apa kesannya? Harga minyak mungkin akan lebih sukar untuk naik, dan pasaran minyak global boleh jadi lebih kompetitif.
Jadi, kalau anda melabur dalam sektor minyak dan gas, strategi anda kena lebih fleksibel! Dengan pengeluaran yang meningkat, sektor huluan (upstream) mungkin akan terjejas kerana harga minyak sukar untuk naik. Tapi sektor pertengahan (midstream) yang berkaitan dengan pengangkutan dan penyimpanan minyak boleh mendapat lebih banyak permintaan.
Contohnya, jika anda melabur dalam syarikat upstream, keuntungan mereka boleh turun sebab harga minyak rendah. Tapi syarikat midstream mungkin lebih stabil kerana lebih banyak minyak yang perlu disimpan dan dihantar.
Jangka masa panjang, jika pasaran minyak kembali stabil pada harga yang lebih rendah, sektor minyak dan gas boleh mengalami perubahan besar. Ada peluang revaluasi dalam industri ini, yang mungkin membuka peluang pelaburan baru!
Jadi, adakah anda akan melabur dalam saham minyak dan gas sekarang atau tunggu perkembangan seterusnya? Komen dan kongsikan pendapat anda! π
Join newsletter Weng Labur Saham Untuk info saham & live webinar melabur terkini.
DAY 33: KENAPA RAMAI RUGI DUIT APABILA MELABUR SAHAM?
Kesian tengok ramai pelabur newbie rugi duit pelaburan mereka! Paling kesian, apa itu melabur pun belum tahu lagi, tapi dah gelojoh nak beli saham. Rilekslah! Saham tak ada kaki, ia tak akan lari.
Ini adalah 7 perkara penting yang anda perlu tahu supaya tak jadi seperti pelabur newbie yang kesian ini:
0) Tak nak belajar dan hanya tahu beli serta jual saham? Itu bukan melabur, itu berjudi! Kalau anda tak faham apa yang anda beli, itu bukan pelaburan, itu spekulasi yang berisiko tinggi.
1) Bisnes = Saham. Jika bisnes jatuh, saham pun jatuh. Nak jana duit dengan saham? Melaburlah dalam bisnes yang kukuh. Senang!
2) Carta hanya refleksi jumlah jual dan beli sesuatu saham. Jangan terpedaya dengan corak carta tanpa memahami perniagaan di sebaliknya.
3) Beli dan jual saham itu mudah, hanya tekan butang beli/jual. Tetapi, cara untuk mencari saham yang berkualiti β itu yang perlu dipelajari.
4) Nak jana RM1,000 sehari? Sediakan modal RM50,000. Jika saham naik 2%, anda boleh jana RM1,000. Tak ada RM50,000, tapi nak jana duit cepat? Jangan mimpi ! Dunia ini tidak ada skim cepat kaya.
5) High risk, high return. Low risk, low return. Nak melabur tapi tak nak rugi langsung? Letak duit di KWSP, ASNB, atau simpanan tetap. Kalau tak sanggup ambil risiko, jangan bermimpi nak buat duit dengan saham.
6) Nak benda percuma? Tak nak bayar untuk belajar? Nak cepat kaya? Kalau dah rugi duit atau kena scam, jangan salahkan orang lain. When you stop learning, you stop earning.
#wenglabursaham
Prestasi Bursa Malaysia
FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) jatuh 1% kepada 1,555.66.
Saham yang mengalami kejatuhan jauh melebihi saham yang meningkat dengan nisbah 7 berbanding 1.
1,044 saham ditutup lebih rendah, manakala hanya 147 saham ditutup lebih tinggi.
Sime Darby (SIME) merupakan penurun terbesar, jatuh 6.05% kepada RM2.02.
IOI Corporation (IOICORP) merupakan pemenang terbesar, naik 1.86% kepada RM3.84.
Faktor Penyebab Kejatuhan Pasaran
Dasar Tarif Trump: Presiden A.S. Donald Trump mengenakan tarif ke atas Kanada dan Mexico, menyebabkan Kanada bertindak balas dengan cukai 25% ke atas barangan A.S.
Sentimen Pasaran Lemah: Ketegangan perdagangan global menjejaskan keyakinan pelabur, menyebabkan kejatuhan mendadak dalam Bursa Malaysia.
Pertumbuhan Pasaran Modal Malaysia
Nilai Dagangan Harian Purata (ADV) meningkat lebih 50%, mencapai RM3.15 bilion pada 2024, berbanding RM2.06 bilion pada 2023.
Modal pasaran meningkat hampir 16%, mencapai RM2.08 trilion pada 2024, naik daripada RM1.80 trilion pada 2023.
Data ini diumumkan oleh Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan.
Perkembangan Saham & Korporat di Malaysia
Eco World Development Group (ECOWLD - 8206.MY)
Menjual tanah industri bernilai RM119 juta kepada syarikat China yang bercadang membina kilang di Malaysia.
Malaysia Smelting Corporation (MSC - 5916.MY)
Mengumumkan penerbitan saham bonus dalam nisbah 1-untuk-1, menggandakan jumlah saham kepada 840 juta saham.
Paramount Corporation (PARAMON - 1724.MY)
Merancang pelaburan RM400 juta dalam pembelian tanah untuk menyokong pelancaran projek dalam tempoh lima tahun akan datang.
Bursa Malaysia jatuh 1%, dengan kelemahan pasaran secara menyeluruh.
Tarif Trump dan ketegangan perdagangan global menjejaskan sentimen pelabur.
Pasaran modal Malaysia berkembang, dengan peningkatan dalam jumlah dagangan dan modal pasaran pada 2024.
Aktiviti korporat (penjualan tanah, penerbitan saham bonus, dan pelaburan hartanah) menunjukkan syarikat masih meneruskan rancangan pengembangan walaupun pasaran lemah.
Tahukah anda stok minyak sawit mentah (CPO) global kini berada pada paras terendah dalam tiga tahun? Dengan stok semakin berkurang dan permintaan kekal tinggi, adakah ini peluang kenaikan harga bagi saham perladangan?
Ramai pelabur hanya melihat pergerakan harga tanpa memahami faktor asas. Hakikatnya, stok minyak sawit Malaysia telah menurun lima bulan berturut-turut, dan jika trend ini berterusan, ia boleh memberi impak besar kepada pasaran.
Menurut Bloomberg, stok CPO Malaysia pada Februari jatuh 5.7% kepada 1.49 juta tan, tahap terendah sejak Mac 2022. Pengeluaran juga merosot 5.6% kepada 1.17 juta tan.
Faktor utama:
- Banjir & cuaca buruk yang menjejaskan pengeluaran
- Permintaan tinggi dari sektor biodiesel Indonesia
- Isu tenaga kerja di ladang
Dengan bekalan menurun dan permintaan stabil, harga minyak sawit berpotensi untuk meningkat, membuka peluang kepada saham perladangan.
- Pakar industri menjangka harga CPO kekal dalam lingkungan RM4,000-RM4,600 per tan pada Mac 2024
-Syarikat perladangan yang kos rendah & margin tinggi akan meraih manfaat terbesar
Jangan hanya lihat harga harianβfahami faktor asas. Pelabur yang bijak akan:
- Kenal pasti syarikat perladangan dengan dividen tinggi
- Pantau permintaan global & polisi biodiesel
- Bersedia sebelum harga melonjak
- Laporan MPOB pada 10 Mac akan beri gambaran lebih jelas tentang stok minyak sawit.
- Pantau saham perladangan yang berpotensi naik.
Penafian Kewangan
Maklumat yang dikongsi adalah untuk tujuan pendidikan dan bukan nasihat kewangan, pelaburan, atau perundangan. Sebarang keputusan pelaburan adalah atas tanggungjawab anda sendiri. Sila lakukan penyelidikan dan rujuk penasihat kewangan bertauliah sebelum membuat sebarang keputusan kewangan. Prestasi lepas tidak menjamin pulangan masa hadapan.
Apabila saya mula melabur, saya nampak satu saham yang berharga RM0.10 seunit. Saya fikir, βWow! Dengan RM100, saya boleh beli 1,000 unit saham!β
Tapi kemudian saham itu jatuh ke RM0.07. Lepas itu RM0.05. Saya panik.
Itulah saat saya sedar:
Saham murah tidak bermaksud saham yang baik.
Sesetengah saham murah kerana perniagaan mereka bermasalahβkehilangan duit, pengurusan lemah, atau terlalu banyak hutang.
Saham bernilai (undervalued) pula adalah syarikat yang kukuh tetapi sedang dijual pada harga murah sementara waktu.
Saya dapati ada sebab mengapa sesuatu saham itu murah. Ia biasanya tergolong dalam salah satu daripada dua kategori:
π¨ Ini saham yang murah kerana ada masalah besar.
π΄ Prestasi kewangan lemah β Syarikat mungkin mengalami kerugian besar.
π΄ Pengurusan tidak cekap β Pemimpin syarikat gagal membuat keputusan yang baik.
π΄ Terlalu banyak hutang β Beban hutang tinggi boleh mengancam kestabilan syarikat.
π΄ Perniagaan dalam industri menurun β Contohnya, syarikat teknologi lama yang tidak mampu bersaing dengan pesaing baru.
π‘ Kesannya: Harga saham nampak murah, tetapi sebenarnya ia mungkin jatuh lebih rendah atau tidak pulih langsung. Pelabur yang membeli saham sebegini boleh terperangkap dalam βvalue trapβ.
β Ini saham yang kukuh tetapi sedang dijual pada harga rendah buat sementara waktu.
π΅ Syarikat masih untung β Walaupun harga saham jatuh, syarikat masih menjana keuntungan.
π΅ Perniagaan stabil dan berkembang β Fundamental syarikat kukuh dan mempunyai daya saing.
π΅ Dibawah nilai sebenar (intrinsic value) β Harga saham turun bukan kerana syarikat bermasalah, tetapi kerana sentimen pasaran sementara.
π΅ Pemegang saham besar masih percaya β Institusi pelaburan besar dan pelabur bijak masih menyimpan saham ini.
π‘ Kesannya: Saham ini boleh pulih dan naik semula apabila pasaran kembali normal.
Sebelum melabur dalam sesuatu saham, tanya diri soalan berikut:
β Adakah syarikat masih menjana keuntungan? β Semak laporan kewangan, lihat sama ada syarikat masih untung atau mengalami kerugian.
β Bagaimana kedudukan hutang syarikat? β Jika terlalu banyak hutang, syarikat mungkin dalam bahaya kewangan.
β Apakah faktor yang menyebabkan harga saham jatuh? β Adakah kerana masalah dalaman syarikat atau hanya faktor luaran seperti ketidaktentuan pasaran?
β Adakah syarikat ini mempunyai kelebihan persaingan? β Syarikat yang mempunyai produk atau perkhidmatan unik lebih cenderung untuk bertahan dan berkembang.
β Siapa yang masih melabur dalam saham ini? β Jika pelabur besar masih memegang saham ini, itu tanda keyakinan.
π΄ Kesilapan saya: Saya fikir harga saham murah = peluang besar. Saya tidak sedar bahawa saham boleh murah kerana perniagaan itu bermasalah.
π΅ Pengajaran saya: Bukan semua saham murah itu peluang emas. Saya perlu menganalisis fundamental syarikat terlebih dahulu sebelum membeli.
π‘ Pelaburan yang bijak bukan tentang mencari saham termurah, tetapi mencari saham terbaik pada harga yang rendah.
π΄ Kesilapan biasa pelabur baru:
Fikir saham RM0.10 lebih "murah" berbanding saham RM10.
Tidak melihat market cap dan keadaan kewangan syarikat.
Tertarik kepada saham harga rendah tanpa melihat sebab di sebaliknya.
β Cara pelabur bijak berfikir:
Nilai syarikat lebih penting daripada harga saham.
Saham murah boleh jadi perangkap (Value Trap).
Harga tinggi tidak bermaksud mahal jika syarikat kukuh dan berkembang.
Jadi, lain kali sebelum beli saham murah, pastikan ia benar-benar bernilai, bukan perangkap.
Apa pendapat anda? Pernah alami situasi yang sama? Kongsi pengalaman anda di komen!
DAY 31: Selepas RM50,000 Baru Tahu Trading Tak Sesuai Untuk Saya - Investing Lagi BestΒ
Hi guys, Weng sini! Saya sudah melabur lebih kurang RM50,000 sebelum benar-benar memahami perbezaan antara trading dan investing.
Mengetahui perbezaan ini boleh menjimatkan berpuluh ribu ringgit sebelum anda membayar untuk program pembelajaran yang mahal.
Trading vs Investing β Apa Bezanya?
Ramai pemula keliru dan tidak tahu perbezaan antara trading dan investing. Saya juga begitu ketika mula berjinak-jinak dalam crypto dan bursa saham.
Saya langsung tidak memahami perbezaannya. Kelas trading pertama saya? Saya belajar dengan coach Anson Tan dalam satu program crypto quant trading, lebih kurang dua tahun lepas.
Kenapa saya sertai?
Masa itu, crypto sangat popular dan trending. Dalam TikTok, Instagram, YouTube, ramai anak muda telah menjadi jutawan kerana crypto. Saya nampak peluang, lalu saya sertai program mereka dan menjadi sebahagian daripada pasukan mereka.
Program Trading β 100% Legit, Tetapi Ada Masalah?
Program mereka tidak ada masalah β 100% legit, 100% berkesan. Harga juga mengikut harga pasaran, dan apa yang diajar memang boleh digunakan.
Tetapi, inilah masalah sebenarβ¦
Masalahnya ialah saya sendiri. Saya terlalu tergoda dengan pemikiran:
β
"Trading boleh buat saya kaya dengan cepat"
β
"Trading sangat mudah untuk dipelajari"
β
"Trading adalah cara terbaik untuk menjana duit dengan pantas"
Selepas menyertai program itu, saya sedar bahawa trading bukan mudah. Ia sama seperti menjalankan perniagaan dalam talian. Saya perlu bekerja 16 jam sehari, belajar setiap hari, melihat carta harga tanpa henti β terlalu stres!
Masalahnya bukan pada program, tetapi pada mindset saya sendiri. Saya sangka trading adalah jalan pintas untuk menjadi kaya, rupa-rupanya ia satu kemahiran berprestasi tinggi yang memerlukan dedikasi, latihan dan pengalaman yang mendalam.
Selepas beberapa ketika, saya mengubah strategi β saya mula fokus kepada investing pula.
Inilah programme yang saya belajar dan apps investing yang saya sedang guna - begginer friendly.
Jangan salah faham, investing bukan bermaksud anda tidak perlu belajar. Saya masih membayar untuk belajar strategi pelaburan, tetapi perbezaannya sekarang ialah:
β Tidak perlu bekerja 16 jam sehari
β Tidak perlu melihat carta harga setiap hari
β Tidak perlu stres sehingga kehidupan terabai
Investing membolehkan saya membina kekayaan dengan lebih tenang, lebih fleksibel, dan dengan tekanan yang lebih rendah berbanding trading.
Saya telah menyediakan satu jadual lengkap yang menunjukkan perbezaan antara trading dan investing secara lebih terperinci.
Selamat melabur!
π Tempoh Masa
π Trading adalah untuk jangka pendek β beberapa minggu, hari atau minit. Ia sangat pantas, dan dalam sehari seseorang boleh membuat beberapa urus niaga (trade). Disebabkan itu, tekanan tinggi dan risikonya juga lebih besar.
π Investing lebih kepada jangka panjang β beberapa bulan, tahun atau dekad. Dalam setahun, mungkin seseorang hanya akan membuat dua atau tiga urus niaga sahaja. Oleh itu, ia kurang tekanan, risiko lebih rendah, dan lebih stabil.
π Jika anda suka cabaran, boleh fokus lama, dan gemar menganalisis carta harga, maka trading mungkin sesuai untuk anda.
π Jika anda mahu strategi yang lebih santai, membina kekayaan jangka panjang, dan mengelakkan tekanan, investing adalah pilihan yang lebih baik.
Kedua-duanya boleh menghasilkan keuntungan, tetapi pilihlah berdasarkan gaya hidup yang anda mahukan! π°π₯
Anda Team Trading atau Team Investing?
Day 30: PANDUAN ASAS VALUE INVESTING UNTUK PEMULA DI BURSA MALAYSIA
Value Investing adalah salah satu strategi pelaburan yang digunakan oleh pelabur terkenal seperti Warren Buffett. Strategi ini menekankan pembelian saham yang didagangkan di bawah nilai intrinsiknya, memberikan potensi keuntungan jangka panjang. Jika anda seorang pemula dalam dunia pelaburan dan ingin memahami konsep pelaburan nilai di Bursa Malaysia, artikel ini akan memberikan panduan asas untuk anda.
Value Investing adalah strategi di mana pelabur mencari saham syarikat yang didagangkan pada harga lebih rendah daripada nilai sebenar (intrinsic value). Ini bermaksud saham tersebut mungkin sedang "di bawah nilai" kerana faktor pasaran sementara, tetapi mempunyai asas kewangan yang kukuh.
Pelabur nilai percaya bahawa harga saham akhirnya akan mencerminkan nilai sebenar syarikat tersebut apabila pasaran menyedari potensinya. Oleh itu, mereka membeli saham ketika harganya murah dan menunggu kenaikan harga dalam jangka panjang.
Kenal Pasti Syarikat yang Kukuh
Cari syarikat yang mempunyai asas perniagaan yang baik, kestabilan kewangan, dan rekod prestasi yang kukuh.
Contoh sektor yang boleh dipertimbangkan di Bursa Malaysia adalah perbankan, perladangan, dan barang pengguna.
Analisis Kewangan Syarikat
Perhatikan metrik penting seperti Price-to-Earnings (P/E) Ratio, Price-to-Book (P/B) Ratio, dan Debt-to-Equity Ratio.
Semak penyata kewangan syarikat seperti pendapatan, keuntungan bersih, dan aliran tunai.
Nilai Intrinsik Saham
Gunakan kaedah seperti Discounted Cash Flow (DCF) atau Undervalue untuk menentukan nilai sebenar saham.
Bandingkan nilai intrinsik dengan harga pasaran semasa untuk mengetahui sama ada saham tersebut sedang didagangkan di bawah nilai.
Beli Saham dengan Diskaun
Jika nilai intrinsik saham lebih tinggi daripada harga pasaran, ini bermaksud saham tersebut undervalued dan berpotensi memberikan pulangan yang baik dalam jangka panjang.
Bersabar dan Kekalkan Disiplin
Pelaburan nilai memerlukan kesabaran kerana harga saham mungkin mengambil masa untuk mencapai nilai sebenarnya.
Kekalkan disiplin dan elakkan membuat keputusan berdasarkan emosi atau turun naik jangka pendek pasaran.
Nak cara yang senang untuk dapat semua data ini dengan beberapa klik? Guna apps Value Farm .Click sini untuk tengok demo.
Tidak Membuat Kajian Mendalam
Jangan membeli saham hanya kerana ia kelihatan murah tanpa analisis yang betul.
Memilih Syarikat yang Lemah
Saham murah tidak bermakna ia mempunyai nilai. Pastikan syarikat mempunyai asas yang kukuh dan bukan syarikat yang bermasalah.
Mengharapkan Keuntungan Segera
Pelaburan nilai adalah untuk jangka panjang. Jangan terburu-buru menjual saham hanya kerana harga tidak naik dalam masa yang singkat.
Mengabaikan Risiko Pasaran
Pastikan anda memahami risiko ekonomi dan pasaran sebelum melabur. Pelbagaikan portfolio anda untuk mengurangkan risiko.
Nak cara yang senang untuk dapat semua data ini dengan beberapa klik? Guna apps Value Farm .Click sini untuk tengok demo.
DAY 29: Strategi Dollar Cost Averaging (DCA) dalam Pelaburan Saham
Tidak ada seorang pun pelabur dalam dunia ini, termasuk Warren Buffett, yang boleh mengetahui bila harga saham berada di paras paling rendah untuk membeli.
Sebab itu sangat penting untuk faham Strategi Dollar Cost Averaging (DCA).
Apa itu DCA?
Dollar Cost Averaging (DCA) ialah strategi pelaburan di mana pelabur membeli saham dalam jumlah yang tetap pada selang masa berkala, tanpa mengira harga pasaran. Strategi ini membantu mengurangkan kesan turun naik harga saham dan memastikan pelabur tidak membeli semua saham pada harga tinggi.
Contoh Pelaburan RM10,000 dalam Saham A dengan DCA
Anda ingin melabur RM10,000 dalam saham A, tetapi bukannya membeli sekaligus, anda membahagikan pelaburan kepada 5 kali pembelian dalam tempoh 5 bulan, dengan RM2,000 setiap bulan.
Kelebihan Strategi DCA dalam Senario Ini:
β
Kurangkan Risiko Membeli pada Harga Tinggi
β
Kos Purata Lebih Rendah
β
Mengurangkan Kesan Volatiliti Pasaran
Pasaran saham sentiasa naik turun, dan strategi ini memastikan anda tidak terlalu terdedah kepada kejatuhan harga dalam jangka masa pendek.
Itu sahaja perkongsian saya untuk hari ini. Jika anda suka artikel seperti ini, komen jenis ilmu yang anda minat untuk belajar, dan saya akan cuba buat untuk perkongsian seterusnya!
DAY 28:Kenapa Saya Beli YTL Power Ketika Harga Jatuh?
Selepas pengumuman mengenai non-tradeable warrants, harga YTL Power menjunam. Saya melihat ini sebagai peluang.
Kenapa harga YTL Power jatuh selepas pengumuman ini?
YTL Power Proposed Bonus Issue of Warrants
Penerbitan waran percuma kepada pemegang saham pada nisbah 1-untuk-5.
Harga tebusan RM2.45 setiap saham (diskaun 39.5%).
Waran tidak boleh didagangkan di Bursa Malaysia.
Tempoh tiga tahun sebelum boleh ditebus.
Kesan kepada Pelabur:
Kenapa peniaga menjual saham mereka?
Pelabur jangka pendek menjual saham mereka selepas menerima waran, menyebabkan harga saham jatuh.
Kelebihan kepada pelabur jangka panjang
Pelabur yang menebus waran pada harga RM2.45 boleh menikmati keuntungan lebih besar jika harga saham meningkat.
Saya melihat ini sebagai peluang kerana YTL Power mempunyai: β
Projek AI Supercomputer dan Pusat Data di Johor
β
YTL Green Data Center Park
β
Loji Kuasa Attarat di Jordan
β
Perbankan digital di Malaysia
Dengan pelbagai projek dan prestasi syarikat yang kukuh, saya percaya YTL Power mempunyai potensi masa depan yang cerah.
DAY 27 : Faktor Utama yang Mempengaruhi Harga Saham
Carta saham hanyalah refleksi naik atau turunnya harga berdasarkan aktiviti jual beli. Sebagai pelabur, perkara yang lebih penting untuk difahami adalah:
Apa yang menyebabkan harga saham naik atau turun?
Apakah peluang yang tersembunyi dalam situasi ini?
Berikut adalah faktor utama yang mempengaruhi harga saham:
Faktor Fundamental Syarikat β Di sebalik setiap saham, ada syarikat dan perniagaan yang beroperasi.
Faktor Ekonomi Makro β Kadar faedah, inflasi, dan keadaan ekonomi global.
Sentimen Pasaran β Berita baik atau buruk boleh memberi kesan kepada pelabur.
Campur tangan Kerajaan & Peraturan β Polisi baru boleh memberi kesan kepada syarikat tertentu.
Faktor Global β Perang, krisis kewangan, dan pandemik.
Faktor Teknikal β Sokongan dan rintangan harga dalam carta saham.
Jika hanya melihat carta, anda sebenarnya hanya melihat hasil transaksi yang telah berlakuβbukan punca yang menyebabkan pergerakan harga.
inilah applikasi yang saya guna untuk belajar melabur - tak perlu tengok carta! (begginer friendly)
Pergerakan harga sahamβsama ada naik atau turunβbukan sesuatu yang boleh dipengaruhi hanya dengan melihat carta.
Sebagai seorang pemula, saya sedar bahawa di sebalik setiap saham, terdapat sebuah syarikat dan perniagaanβbukan sekadar carta. Bayangkan anda memiliki sebuah kedai mamak. Apakah faktor yang boleh mempengaruhi perniagaan anda?
Wabak COVID-19
Kenaikan harga minyak secara tiba-tiba
Inflasi
Semua faktor ini boleh memberi kesan kepada keuntungan perniagaan anda, betul?
Perkara yang sama berlaku kepada syarikat yang disenaraikan di Bursa Malaysia. Sebagai contoh, ketika pandemik COVID-19 melanda, harga saham Maybank jatuh dengan mendadak, dan banyak kedai mamak terpaksa ditutup.
Jadi, sebagai seorang pelabur, kita perlu mengkaji sesuatu syarikat secara menyeluruhβbukan hanya bergantung kepada carta. Jika anda faham konsep ini, komen βfahamβ di ruangan komen!
π₯³Day 26: Harga Saham YTL Jatuh Secara Mendadak Selepas Announce Rancangan Nak Issues Non-Tradeable Warrants. Nak Buat Apa Sekarang?Β
BIASANYA ADALAH BERITA YANG BAIK , TETAPI......
Sebenarnya, semalam saya sudah melihat berita tentang warrant ini, tetapi saya tidak ambil peduli. Namun, pada pagi ini, harga sahamnya jatuh pula, bukan sedikit, tetapi sebanyak 8%, dan belum pun sampai 24 jam. Biasanya, apabila saya melihat perkara seperti warrant, harga sahamnya akan naik. Tetapi, mengapa kali ini ia jatuh? Jadi, apakah kesannya terhadap trader dan pelabur?
Dalam situasi ini, kita boleh memahami isu ini dari tiga sudut pandangan. Kes di mana warrant tidak boleh didagangkan ini jarang berlaku. Jadi, kita akan melihatnya dari tiga perspektif. Kita mulakan dengan perspektif trader jangka pendek.
inilah applikasi yang saya guna untuk belajar melabur - tak perlu tengok carta! (begginer friendly)
JATUH 8%!
Harga saham YTL Power telah jatuh sebanyak 8%. Bagi trader jangka pendek, jika warrant tidak boleh didagangkan secara normal, ini bermakna jika matlamat asal anda adalah untuk mendapatkan keuntungan daripada perbezaan harga atau memanfaatkan hype tentang pusat data ini, anda mungkin menghadapi cabaran.
BERITA TAK BERAPA BAIK UNTUK PELABUR JANGKA PENDEK
Jika anda terus memegang saham tersebut, anda akan mendapat warrant, tetapi tidak boleh menjualnya untuk mendapatkan keuntungan. Jadi, jika anda tiada kekuatan kewangan untuk terus memegang saham ini, kemungkinan besar anda akan membuat keputusan untuk menjualnya. Dari perspektif pelabur jangka pendek, ini adalah pemikiran yang biasanya timbul.
BERITA BAIK UNTUK PELABUR JANGKA PENDEK
Bagi pelabur jangka panjang pula, sebenarnya ini adalah peluang yang baik. Apa maksudnya? Pelabur jangka panjang biasanya lebih menitikberatkan keupayaan pengurusan dalam melaksanakan strategi mereka atau prestasi keseluruhan syarikat tersebut.
Sudah tentu, dalam jangka masa pendek, hasilnya mungkin tidak kelihatan ketara. Namun, kerana warrant ini tidak boleh didagangkan, mereka lebih fokus untuk mendapatkan semula dana, dan apabila harga saham jatuh, mereka boleh membeli pada harga yang lebih rendah atau menukarnya kepada mother share dengan harga pelaksanaan yang lebih rendah. Oleh itu, pelabur jangka panjang mungkin menganggap ini sebagai peluang yang lebih baik.
Dari perspektif pengurusan syarikat pula, saya berpendapat mereka lebih melihat kepada matlamat jangka panjang. Mereka berharap syarikat dapat terus berkembang bersama pelabur. Mereka lebih menghargai pelabur jangka panjang atau pengurus dana besar. Berdasarkan prestasi harga saham, kehadiran pelabur ini biasanya memberikan kestabilan kepada harga saham berdasarkan pengalaman kami sebelum ini.
Kesimpulannya, perkara ini boleh dilihat dari tiga sudut pandangan seperti yang telah kita bincangkan tadi. Apakah pandangan anda tentang warrant YTL Power ini?Β
π₯³Day 25: Projek Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura: Apakah Peluang untuk Pelabur?
Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura telah dimeterai antara Malaysia dan Singapura pada 8 Januari yang lalu. Apakah peluang yang tersedia?
Seluruh kawasan ekonomi ini meliputi lebih daripada 3,500 kilometer persegi dan boleh dibahagikan kepada sembilan zon.
Projek ini bukanlah sesuatu yang dapat diselesaikan dalam satu atau dua tahun. Secara keseluruhannya, ia dijangka mengambil masa sekitar 10 tahun.
Penafian:
Maklumat ini disediakan untuk tujuan pendidikan sahaja.
Ia bukan nasihat kewangan atau saranan untuk membeli/menjual. Sila lakukan kajian sendiri sebelum membuat sebarang keputusan pelaburan.
Secara umum, beberapa sektor yang berpotensi untuk mendapat manfaat daripada projek ini termasuk hartanah, logistik, runcit, hotel, pembinaan, minyak dan gas, serta sektor-sektor lain.
Sebagai contoh, dalam sektor pembinaan, syarikat seperti Sunway Construction, IGM Sunway, dan lain-lain dianggap berpotensi untuk mendapat manfaat.
Dalam sektor industri, Philip Capital berpendapat bahawa syarikat seperti MN Holding, He Group, atau Critical Holding mempunyai peluang besar untuk terlibat dalam projek ini.
Bagi sektor hartanah, syarikat-syarikat utama di Malaysia yang memiliki pendedahan tanah yang tinggi di Johor dijangka mendapat manfaat. Tujuh hingga lapan syarikat utama termasuk:
UEM, yang mempunyai pendedahan tanah tertinggi sebanyak 94%.
SP Setia, dengan pendedahan sebanyak 20%.
Walaupun AME memiliki kawasan tanah yang lebih kecil, kepekatan mereka di kawasan Johor memberi kelebihan kepada mereka.
Syarikat seperti KSL pula memiliki sebahagian besar tanah mereka di Johor, selain terlibat dalam pembangunan projek perhotelan dan pusat membeli-belah, menjadikan mereka berpotensi mendapat manfaat yang besar.
Syarikat lain seperti Mah Sing, IOI Properties, EcoWorld, dan lain-lain juga mempunyai pendedahan tanah yang signifikan di kawasan ini.
Sekiranya anda berminat, anda boleh menyelidik lebih lanjut tentang bagaimana syarikat-syarikat ini boleh mendapat manfaat daripada Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura.
π₯³Day 24: Cara mula melabur Bursa Saham - 9 Data Penting Yang Pelabur Wajib Tahu Sebelum Melabur dalam Syarikat PART 2
Β Inilah part 2 .Untuk tengok part 1 klick sini.
Dalam tempoh 4 bulan ini, saya telah belajar tentang saham , dan apakah company yang berbaloi untuk melabur dan apa yang tak.
Saya telah melabur dalam lebih 18k, dan dalam masa 10 minit, saya ingin berkongsi bagaimana untuk mengenal pasti saham yang baik dan saham yang kurang baik.Β Β
Jangan lupa subscribe ke youtube channel Weng Labur saham dan juga website weng labursaham .com untuk semua nota melabur saya.
Apa Itu Saham?
Saham sangat mudah difahami. Apabila anda membeli saham, anda sebenarnya membeli pemilikan dalam sesebuah syarikat. Itu sahaja. Anda menjadi sebahagian daripada pemilik perniagaan tersebut.
Ini juga bermaksud , apabila kita melabur , sebenarnya kita melabur kat dalam syarikat tersebut , jadi ini juga bermaksud ,prestasi syarikat tu dari segi bisness akan direct menjejas harga saham company tersebut.Β
Jika business baik , kemungkinanan besar harga saham akan naik , dan jika business tak baikΒ kemungkinanan besar harga saham akan turun.
Saham Stabil dan Berkembang Perlahan
Di sinilah kajian dan sains memainkan peranan. Saya mencari syarikat yang saya yakin akan terus wujud dalam tempoh 10 tahun atau lebih. Sebagaimana nasihat Warren Buffett: "Only buy something that you'd be perfectly happy to hold if the market shut down for ten years". Approach ini adalah "buy and hold" investing.
Cara Menilai Saham di Bursa Malaysia
Apabila memilih saham, saya fokus pada 9 metrik utama. Saya akan break video ini kepada 2 4 metric untuk part ini , dan metrik yang balance kat video yang seterysnya , supaya korang lebih senang untuk hadam semua knowledge yang baru ini.
saya fokus pada 9 metrik utama ,inilah penjelansan 9 metrik ini, dan saya akan ambik syarikat ini sebagai contoh.
Alat yang saya guna adalah Algobox, korang boleh guna software apa apa jer yang korang suka, tak kisah.
π₯³Day 23:Saham Pilihan 2025 - Saham yang paling disarankan oleh penganalisis untuk tahun 2025
Tahun 2025 menjanjikan pelbagai peluang menarik dalam pasaran saham. Berdasarkan pandangan penganalisis, terdapat beberapa saham yang menjadi perhatian utama tahun ini. Mari kita lihat saham-saham ini dan apa yang menjadikan mereka pilihan menarik untuk diperhatikan. πΒ
sumber: https://theedgemalaysia.com/node/739723
Disclaimer: Maklumat ini hanya untuk tujuan pendidikan dan bukan nasihat kewangan; sila rujuk pakar kewangan sebelum membuat keputusan.
Semua pelaburan melibatkan risiko. Sila nilai risiko dengan teliti sebelum membuat keputusan pelaburan.
βΊοΈDay 22: Cara mula melabur Bursa Saham - 9 Data Penting Yang Pelabur Wajib Tahu Sebelum Melabur dalam Syarikat PART 1
Dalam tempoh 4 bulan ini, saya telah belajar tentang saham , dan apakah company yang berbaloi untuk melabur dan apa yang tak.
Saya telah melabur dalam lebih 18k, dan dalam masa 10 minit, saya ingin berkongsi bagaimana untuk mengenal pasti saham yang baik dan saham yang kurang baik.Β Β
Jangan lupa subscribe ke youtube channel Weng Labur saham dan juga website weng labursaham .com untuk semua nota melabur saya.
Apa Itu Saham?
Saham sangat mudah difahami. Apabila anda membeli saham, anda sebenarnya membeli pemilikan dalam sesebuah syarikat. Itu sahaja. Anda menjadi sebahagian daripada pemilik perniagaan tersebut.
Ini juga bermaksud , apabila kita melabur , sebenarnya kita melabur kat dalam syarikat tersebut , jadi ini juga bermaksud ,prestasi syarikat tu dari segi bisness akan direct menjejas harga saham company tersebut.Β
Jika business baik , kemungkinanan besar harga saham akan naik , dan jika business tak baikΒ kemungkinanan besar harga saham akan turun.
Saham Stabil dan Berkembang Perlahan
Di sinilah kajian dan sains memainkan peranan. Saya mencari syarikat yang saya yakin akan terus wujud dalam tempoh 10 tahun atau lebih. Sebagaimana nasihat Warren Buffett: "Only buy something that you'd be perfectly happy to hold if the market shut down for ten years". Approach ini adalah "buy and hold" investing.
Cara Menilai Saham di Bursa Malaysia
Apabila memilih saham, saya fokus pada 9 metrik utama. Saya akan break video ini kepada 2 4 metric untuk part ini , dan metrik yang balance kat video yang seterysnya , supaya korang lebih senang untuk hadam semua knowledge yang baru ini.
saya fokus pada 9 metrik utama ,inilah penjelansan 9 metrik ini, dan saya akan ambik syarikat ini sebagai contoh.
Alat yang saya guna adalah Algobox, korang boleh guna software apa apa jer yang korang suka, tak kisah.
1. ROE (Pulangan Ke Atas Ekuiti)
Apa Itu:
ROE ni macam cara nak tahu sejauh mana syarikat pandai guna duit pelabur untuk buat untung. Lagi tinggi, lagi bagus sebab menunjukkan syarikat bijak urus duit pemegang saham.
Kenapa Penting:
Kalau ROE tinggi, maksudnya pengurusan syarikat memang cekap dan tahu cara nak hasilkan keuntungan. Ini yang pelabur suka tengok.
Standard Industri:
Biasanya, kalau ROE 15% ke atas, itu dah kira bagus. Tapi kalau syarikat sektor macam utiliti, yang modalnya besar, 10β12% pun dah okay.
Analisis Data:
Dalam jadual ni, ROE pernah capai 3.30% pada 2021. Walaupun tak tinggi, itu prestasi terbaik syarikat dalam lima tahun terakhir. Masih boleh diperbaiki, tapi ada peningkatan!
Β
2. 5Y CAGR% (Kadar Pertumbuhan Tahunan Terkompaun 5 Tahun)
Apa Itu:
CAGR ni kira purata kadar pertumbuhan syarikat setiap tahun dalam tempoh lima tahun. Bayangkan macam kita nak tahu sejauh mana syarikat ni "naik" secara konsisten, bukan ikut nasib.
Kenapa Penting:
Kalau CAGR positif, maksudnya syarikat ni ada potensi untuk terus berkembang dalam jangka panjang. Lagi tinggi CAGR, lagi menarik syarikat tu, terutama untuk pelabur yang nak pertumbuhan stabil.
Standard Industri:
5β12%: Bagus untuk syarikat yang dah matang dan stabil.
15β30% ke atas: Terbaik untuk sektor macam teknologi yang memang fokus pada pertumbuhan agresif.
100β500% untuk startup
Analisis Data:
Berdasarkan jadual, CAGR syarikat ni mula pulih ke 6.89% pada 2023 lepas merosot ke -4.42% pada 2022. Ini tanda syarikat dah mula bangkit semula dan ada potensi pertumbuhan masa depan. π±
3. Nisbah P/E (Harga-Keuntungan)
Apa Itu:
Nisbah P/E ni macam nak tahu, "Berapa pelabur sanggup bayar untuk setiap ringgit keuntungan syarikat?" Kalau P/E tinggi, maksudnya pelabur yakin syarikat ada potensi besar.
Kenapa Penting:
Nisbah P/E yang berada dalam lingkungan 20β30 kira okay, sebab itu tanda syarikat tak terlalu mahal (overvalued) atau terlalu murah (undervalued).
standard Industri:
40+: Biasa untuk syarikat yang sedang berkembang pesat, contoh sektor teknologi.
10β20: Normal untuk syarikat yang stabil macam utiliti atau perbankan.
Analisis Data:
Dalam jadual, nisbah P/E syarikat ni 23.36 pada 2021, cantik sebab berada dalam julat ideal. Tapi pada 2022 melonjak ke 42.53, mungkin tanda syarikat dinilai terlalu tinggi (overvalued). Pelabur kena lebih berhati-hati sebelum melabur pada tahap ni. π§
4. Margin Bersih (Net Profit Margin)
Apa Itu:
Margin bersih menunjukkan berapa banyak daripada pendapatan syarikat yang tinggal sebagai keuntungan selepas semua kos dan perbelanjaan.
Kenapa Penting:
Margin yang tinggi bermaksud syarikat cekap dalam menguruskan kos dan mampu menjana keuntungan lebih besar daripada hasilnya.
Standard Industri:
10β20%: Kira sihat untuk kebanyakan sektor.
30% ke atas: Sangat luar biasa, biasanya untuk sektor dengan kos operasi rendah seperti teknologi.
Analisis Data:
Berdasarkan jadual, margin bersih syarikat mencapai 42.34% pada 2021, satu pencapaian yang luar biasa. Namun, ia menurun kepada 19.14% pada 2022, menunjukkan penurunan kecekapan atau mungkin kos yang meningkat dalam operasi. π§Ύ
Stay tune for part 2.
βΊοΈDay 21: 8 Data Penting Yang Pelabur Wajib Tahu Sebelum Melabur dalam Syarikat - INTRO
Inilah beberapa elemen yang perlu kita tahu untuk menganalisis sama ada sesebuah syarikat itu baik atau tidak, dan sama ada ia berbaloi untuk dilabur. Saya akan kongsikan cara untuk membaca dan memahami istilah-istilah penting ini dalam video seterusnya.
Make sure korang dah follow channel i:
1) youtube (tutorial panjang ): https://www.youtube.com/@WengLaburSaham
2) TikTok (tutorial pendek): https://www.tiktok.com/@wenglabursaham
TikTokΒ (videoΒ pendek)
βΊοΈDay 20: Bursa Saham Outlook 2025
Bagi mereka yang tak sempat tengok live webinar semalam bersama tuan Roslan dan tuan Helmy, berikut adalah rumusan:
RUMUSAN:
π Market Outlook 2025: Sorotan Penting π
π Kenapa Banyak Saham Fundamental Bagus Masih Murah?
Keuntungan syarikat di Bursa dijangka naik 9%.
Kemasukan dana asing & valuasi menarik.
Ringgit dijangka kukuh dengan penurunan kadar faedah di AS.
π₯ Pasaran Saham KLCI 2025: Potensi Bullish Rally
Jangkaan indeks: 1750β1800.
Pertumbuhan GDP kukuh (4.9%-5.1%).
Sektor tumpuan: Pembinaan, O&G, teknologi, telco, perbankan, pengangkutan.
π Impak Global Kepada Malaysia
Trump sebagai Presiden AS: Ketegangan dagangan & kenaikan tarif.
Pengalihan kapasiti pengeluaran global beri manfaat kepada Malaysia.
β Kestabilan Politik = Tarikan Pelabur
Kerajaan MADANI yang stabil & dasar ekonomi jelas.
Projek mega: Penang LRT, Pan Borneo Highway, Johor-Singapore Special Economic Zone.
π Peluang 2025
Pelaburan dalam pembuatan, telekomunikasi, hartanah & teknologi.
Belanja pengguna naik dengan goodies Bajet 2025 (bantuan tunai, kenaikan gaji, pengecualian cukai).
Disclaimer: Fakta dan data serta penganalisa yang terkandung dalam taklimat ini dipetik dari laporan βMarket Outlook 2025β dari Maybank Investment Bank, MIDF Research dan Phillip CapitalΒ Research.Β
Maklumat ini hanya untuk tujuan pendidikan.Bukan nasihat kewangan atau buy/sell call. Sila buat kajian sendiri sebelum melabur.
πDay 19: Tengah buat kajian pasal PCHEM ni, company yang memang power selama ni. Tapi kenapa tiba-tiba nilai ia jatuh macam tu je?Β
Saya sedang melakukan kajian tentang Petronas Chemicals Group Bhd (PCG), KLSE: PCHEM. Ia merupakan sebuah syarikat yang hebat selama ini, tetapi mengapa nilai syarikat ini tiba-tiba jatuh secara mendadak? Adakah ini masa yang sesuai untuk saya letakkannya dalam senarai pantauan saya?
Disclaimer: Saya bukan penasihat kewangan. Segala yang saya kongsi hanyalah pandangan peribadi. Sila rujuk pakar sebelum buat keputusan.
Berikut adalah ringkasan maklumat yang saya dapati tentang PCHEM:
Petronas Chemicals Group Bhd (PCG) kini mengalami perubahan besar dalam kepimpinan dan unjuran kewangannya, yang mungkin mempengaruhi kedudukan pasarnya.Β Β
Pelepasan Pengerusi: Datuk Ir Dr Abdul Rahim Hashim akan meletakkan jawatan sebagai pengerusi berkuat kuasa 1 Januari 2025 untuk meneruskan minat lain. Beliau digantikan oleh Datuk Sazali Hamzah, yang sebelum ini merupakan pengarah urusan dan CEO Petronas Chemicals dari Mei 2014 hingga Disember 2021. Sazali kini merupakan naib presiden eksekutif dan CEO perniagaan hiliran Petronas serta memegang pelbagai jawatan dalam Kumpulan Petronas, termasuk kepentingan tidak langsung yang signifikan dalam PCG.
Pelantikan Baru: Bersama dengan pelantikan Sazali, Abang Yusuf Abang Puteh telah dilantik sebagai pengarah bukan bebas berkuat kuasa 1 Januari 2025. Beliau membawa pengalaman lebih 25 tahun dalam Petronas, setelah berkhidmat sebagai naib presiden kanan Aset LNG Petronas, Perniagaan Gas dan Maritim sejak Jun 2022.
Pindaan Unjuran Keuntungan: Kenanga Research telah meningkatkan unjuran keuntungan teras FY2025 untuk PCG sebanyak 10%, didorong oleh anggaran harga poliolefin yang lebih tinggi, kini dianggarkan pada $1,150 setiap tan. Pindaan ini menunjukkan pandangan optimis terhadap kitaran harga poliolefin yang memasuki tahun ketiga.
Pemulihan Kimia Spesialiti: Unjuran untuk bahagian kimia spesialiti PCG telah meningkat secara ketara daripada RM30 juta kepada RM165.1 juta untuk FY2025. Pemulihan ini dijangka disebabkan oleh pemulihan ekonomi Eropah dan langkah-langkah ekonomi yang berpotensi dari China.
Keadaan Pasaran: Pasaran petrokimia global mungkin menghadapi keadaan bekalan yang lebih ketat pada tahun 2025 akibat peningkatan aktiviti penyelenggaraan kilang yang dijangkakan. Banyak kilang sudah berusia, yang boleh menyebabkan ketegangan dalam kapasiti petrokimia seperti yang dilihat dalam tahun-tahun sebelumnya.
Unjuran Harga Saham: Kenanga telah menaikkan penilaian untuk PCG daripada 'prestasi pasaran' kepada 'prestasi cemerlang,' dengan peningkatan harga sasaran daripada RM5.00 kepada RM5.47 setiap saham. Ini mencerminkan keyakinan terhadap kemampuan syarikat untuk mengharungi cabaran pasaran yang akan datang dan memanfaatkan peningkatan harga dalam poliolefin dan kimia spesialiti.
Optimisme Berhati-hati: Walaupun terdapat petunjuk positif ini, para penganalisis tetap berhati-hati mengenai kemungkinan had bagi potensi peningkatan lanjut bagi harga saham PCG disebabkan oleh keadaan ekonomi yang lebih luas dan dinamik pasaran yang mempengaruhi permintaan.
Secara keseluruhan, Petronas Chemicals Group Bhd sedang mengalami perubahan kepimpinan bersama dengan pindaan positif dalam unjuran kewangan akibat peningkatan harga produk utama dan pemulihan dalam kimia spesialiti. Namun, para penganalisis menyatakan kebimbangan mengenai kelestarian keuntungan ini di tengah-tengah kemungkinan kekangan bekalan dan ketidakpastian ekonomi.
Disclaimer: Saya bukan penasihat kewangan. Segala yang saya kongsi hanyalah pandangan peribadi. Sila rujuk pakar sebelum buat keputusan.
Reference link:
1) https://theedgemalaysia.com/node/737664
2) https://www.businesstoday.com.my/2025/01/02/questions-over-pcgs-special-feedstock-discount/
3) https://www.bernama.com/tv/news.php?id=2377079
4) https://theedgemalaysia.com/node/739648
6) https://theedgemalaysia.com/node/739002
7) https://klse.i3investor.com/web/forum/forum-thread/800000989
πDay 18: RM38k Dah Dilabur! Saham atau Crypto, Mana Lagi Berbaloi?
Saya dah labur RM38,000 dalam saham & crypto. Dalam video ni, saya kongsikan pengalaman pahit manis serta perbezaan utama antara kedua-dua pelaburan ini. Kalau anda nak tahu mana yang paling sesuai untuk anda, ini video yang wajib anda tonton! π―
Disclaimer: Saya bukan penasihat kewangan. Segala yang saya kongsi hanyalah pandangan peribadi. Sila rujuk pakar sebelum buat keputusan.
Saya Dah Labur RM38k dalam Crypto & Saham β Mana Lebih Sesuai untuk Anda?
Saya dah melabur lebih RM38,000 dalam crypto dan saham. Lepas bertahun-tahun lalui naik turun, akhirnya saya faham betul perbezaan utama antara kedua-duanya. Dalam masa 10 minit ini, saya nak kongsikan perbezaan penting supaya anda boleh pilih mana yang sesuai untuk matlamat anda.
Tapi sebelum itu, izinkan saya cerita pengalaman saya dulu.
Kisah Saya
Saya mula melabur dalam crypto pada tahun 2021, sebab ikut kawan-kawan yang cerita pasal βpeluang besarβ. Coin pertama saya ialah Bitcoin, XRP, dan Ethereumβsemua nama besar. Masa tu, saya tak buat kajian mendalam, hanya fikir βcoin besar mesti kukuh.β
Tapi pengalaman melabur dalam crypto memang mencabar. Pasaran dia sangat tak stabilβhari ini naik 30%, esok jatuh 30%. Walaupun begitu, saya tetap sabar kerana niat awal nak simpan untuk jangka panjang.
Sekarang, saya mula melabur dalam saham pula, guna pendekatan value investing. Kali ni, saya lebih berhati-hatiβkaji syarikat, analisis data, dan buat keputusan berdasarkan asas kukuh.
Crypto dan saham masing-masing ada kelebihan dan kekurangannya. Hari ini, saya nak bantu anda fahami perbezaan utama.
Perbezaan Utama Antara Crypto & Saham
Akses dan Pemilikan
Crypto: Mudah dibeli bila-bila masa, 24/7. Tak dikawal pihak berkuasa, jadi anda betul-betul pemilik coin.
Saham: Anda beli sebahagian daripada syarikat. Tapi hanya boleh berdagang dalam waktu operasi pasaran.
Risiko dan Volatiliti
Crypto: Sangat tidak stabil. Boleh naik atau jatuh 20%-30% dalam masa seminggu. Sesuai untuk pelabur yang suka risiko tinggi.
Saham: Lebih stabil, terutamanya saham syarikat besar seperti Maybank atau NestlΓ©.
Regulasi dan Keselamatan
Crypto: Bebas kawalan, tapi berisiko untuk penipuan atau serangan penggodam.
Saham: Dikawal selia kerajaan, lebih selamat untuk pelabur.
Kegunaan
Crypto: Digunakan sebagai simpanan digital (seperti emas), NFT, atau DeFi.
Saham: Membina kekayaan melalui dividen dan keuntungan modal.
Strategi Saya
Untuk Crypto:
Saya fokus pada βblue-chipβ seperti Bitcoin dan Ethereum, yang lebih stabil untuk jangka panjang.
Untuk Saham:
Saya hanya pilih syarikat dengan asas yang kukuh dan potensi pertumbuhan jangka panjang.
Kenapa Saya OK Jana Kekayaan Perlahan?
Saya datang dari keluarga B40. Masa kecil, nak dapat kasut sekolah baru pun susah. Tapi pengalaman hidup ini ajar saya nilai kesabaran.
Semasa COVID, saya rugi banyak duit sebab ikut pelaburan berisiko tinggi. Tapi saya belajar satu pelajaran penting: Tak ada kekayaan yang dibina secara singkat.
Kekayaan sebenar memerlukan:
Usaha yang jujur.
Kesabaran dan pengalaman.
Integriti dalam setiap tindakan.
Saya yakin kekayaan yang datang perlahan-lahan lebih berkekalan dan bermakna.
Kesimpulan
Pilihan antara crypto atau saham bergantung pada matlamat anda. Apa pun yang anda pilih, pastikan anda buat kajian dan fahami risikonya. Jangan terpengaruh dengan skim cepat kaya yang akhirnya merugikan anda.
Disclaimer: Saya bukan penasihat kewangan. Segala yang saya kongsi hanyalah pandangan peribadi. Sila rujuk pakar sebelum buat keputusan.
π€€Day 17 : MyEG: Syarikat Menarik untuk Wishlist Anda π
MyEG: Syarikat Menarik untuk Wishlist Anda π
Dalam sebulan, saham MyEG telah meningkat 10%! π
WARNING: NOT A BUY/SELL CALL !!!!
Apa Keistimewaan MyEG?
1οΈβ£ Pemimpin Transformasi Digital: Penyedia utama perkhidmatan e-kerajaan seperti pembaharuan lesen, pembayaran cukai, dan proses imigresen. Penting untuk masa depan digital Malaysia.
2οΈβ£ Pertumbuhan Blockchain & FinTech: Melabur dalam teknologi blockchain, kontrak pintar, dan pembayaran digital untuk solusi yang selamat dan boleh diskalakan.
3οΈβ£ Selamat & Boleh Diskalakan: Dipercayai oleh kerajaan dengan halangan kemasukan tinggi untuk pesaing.
4οΈβ£ Mesra ESG: Menyokong perkhidmatan tanpa kertas dan kecekapan operasi.
5οΈβ£ Sedia Masa Depan: AI dan automasi meningkatkan kecekapan, manakala keselamatan siber memastikan kebolehpercayaan.
π Dengan penerapan tadbir urus digital di Malaysia dan rantau ini, MyEG berada di posisi untuk terus berkembang.Β
πDay 16 : Patutkah saya jual PCHEM pada harga RM5 ?
Disclaimer: Saya bukan penasihat kewangan. Segala maklumat adalah pandangan peribadi. Sila rujuk pakar sebelum membuat keputusan kewangan.
Keuntungan Pelaburan PCHEM (2/1/2025)
Saya beli PCHEM pada harga RM4.70, RM4.65, RM4.85, dan RM4.64, dengan purata harga RM4.71. Hari ini, harga paling tinggi adalah RM5.15.
Kalau saya jual pada harga ini:
Keuntungan: 9.34%
Jika saya labur RM10,000, keuntungan saya adalah RM934 dalam masa sehari!
Patutkah Saya Jual PCHEM Masa Ia RM5?
Jawapan ringkas: Saya tak jual. (jangan ikut saya ya , saya cuma kongsi opinion saya jer)
Saya tak nak cerita panjang tentang fundamental syarikat, PE ratio, atau angka-angka teknikal lain. Tapi saya nak kongsi mindset seorang value investor dulu, sebab ini benda paling penting kalau nak jadi pelabur yang berjaya.
1. Fikir Jangka Panjang
Sebagai value investor, kami tengok jauh ke depan β 5, 10, atau 20 tahun. Kami tahu harga saham akan naik turun macam roller coaster. Tapi kami tak kisah pun sebab kami bukan trader yang hari-hari tengok carta.
Pelaburan kami adalah untuk jangka panjang, bukan nak cepat kaya.
2. Jangan Cepat-Cepat Jual
Kalau baru beli saham 3-4 minggu lepas dan nampak harga naik sikit terus jual, ia boleh jadi tabiat buruk.
"Nampak harga naik sikit, terus nak jual."
Kalau asyik buat macam ni, lama-lama kita jadi macam day trader β stres dan sibuk sepanjang masa. Untuk saya, pelaburan adalah sabar. Jadi, saya fokus nak hold jangka panjang, bukan main kejar harga.
KECUALI , kalau saya jumpa satu saham yang lagi best dan saya perlukan duit untuk beli saham tu, mungkin saya akan jual saham PCHEM dan beli saham lain tu.
3. Harga Jatuh? Tak Panik!
Dalam dunia bisnes, tak ada syarikat yang tak pernah jatuh. Semua syarikat ada naik dan turunnya. Tapi kalau syarikat itu ada asas yang kukuh dan masa depan yang cerah, kejatuhan harga cuma sementara. Jadi, saya takkan panik.
4. Dividen Pun Ada
Selain kenaikan harga saham, PCHEM juga bagi dividen. Jadi, sambil tunggu harga naik balik dalam 3-5 tahun, saya masih dapat duit dividen. Win-win.
Kesimpulan
Bagi saya, saya tak jual sebab saya tahu matlamat saya. Saya nak pelaburan jangka panjang. Yang penting, kita buat kajian dan yakin dengan syarikat yang kita labur.
Disclaimer: Saya bukan penasihat kewangan. Segala yang saya kongsi hanyalah pandangan peribadi. Sila rujuk pakar sebelum buat keputusan.
πDay 15 : Labur di Fundaztic: RETURN Lagi Tinggi Berbanding KWSP & myASNB! π―
2 tahun lepas, member aku kenalkan Fundaztic P2P. Masa tu aku macam, "Eh, apa benda ni? Tak pernah dengar pun." Memang ragu-ragu la masa mula-mula.
π‘ Selepas research, ini apa yang saya dapati tentang Fundaztic P2P:
Sah & Registered: Platform ini berdaftar dengan Securities Commission of Malaysia (SC).
Track Record: Sudah berada di pasaran lebih 8 tahun.
Kenapa Tak Popular? Marketing mereka kurang agresif sebab budget tak sebesar syarikat seperti GRAB.
π° Personal Experience:
Saya mula dengan RM5,000 dan baru je topup RM10,000 semalam.
Return: Antara 8%-10%, bergantung kepada prestasi syarikat yang saya labur.
β¨ Kenapa Saya Suka Fundaztic?
Santai: Tak perlu stress tengok carta naik turun.
Return Tinggi: Lagi tinggi daripada KWSP atau ASNB.
Risiko Sederhana: Untuk pelabur yang tak suka ambil risiko besar, ini mungkin sesuai.
β οΈ Setiap pelaburan ada risiko. Ini hanya pengalaman peribadi, bukan nasihat kewangan. Labur dengan bijak dan guna duit lebihan sahaja. π
β‘οΈ Kalau nak tahu lebih lanjut, korang boleh explore Fundaztic. Siapa tahu, ini platform yang korang cari selama ni!
Day 14 : Selepas Labur RM18k Baru Tahu Apakah Itu Trading dan Investing.
Saya dah belajar melabur selama 3 bulan dengan GrandPine dan dah melabur sebanyak RM18,000, dan sepanjang perjalanan ni, saya dah mula faham perbezaan antara trading dan investing.
πΉDay 13 : 5 Benda Yang Menyebabkan Harga Saham Jatuh (Atau Naik)? - Pelabur Noobie Perlu Tahu! - BUKAN SEBAB CARTA!
5 Benda Yang Menyebabkan Harga Saham Jatuh (Atau Naik)? - Pelabur Noobie Perlu Tahu!
Hai pelabur noobie! Pernah tertanya-tanya kenapa harga saham naik dan turun macam roller coaster? Jangan risau, jom kita kupas 5 faktor utama secara santai. βοΈ
Bila syarikat buat keuntungan besar atau umumkan berita baik (contoh: projek baru, produk laku keras), harga saham boleh naik!
Tapi kalau rugi besar, CEO letak jawatan, atau ada isu seperti skandal kewangan, jatuh teruk lah jawabnya.
Pro tip: Sentiasa baca laporan kewangan!
Kadang-kadang, harga saham naik bukan sebab syarikat bagus pun. Tapi sebab semua orang "hype" beli saham tu. π€
Sebaliknya, bila ramai panik jual sebab berita buruk (contoh: ekonomi tak stabil), harga jatuh walaupun syarikat okay je.
Kadar faedah naik? Pelabur lari ke tempat lain yang lebih selamat. Harga saham jatuh.
Pilihan raya atau perang? Pasaran jadi tak stabil, pelabur jadi takut.
Pro tip: Pantau berita ekonomi dan politik!
Bila ramai nak beli (demand tinggi), harga saham naik. Bila ramai nak jual (supply tinggi), harga saham jatuh.
Logik dia macam jual kuih raya β kuih laku keras, harga naik. Kuih tak laku, kena bagi diskaun! π
Contoh: Pengumuman dividen besar, harga saham naik sebab pelabur happy nak dapat duit extra.
Tapi kalau berita macam skandal syarikat, penipuan, atau produk ditarik balik β jatuh teruk tanpa ampun.
Pro tip: Follow berita pasaran untuk elak terkejut! π΅
Kesimpulan:
Harga saham naik atau jatuh sebab banyak faktor, tapi semuanya berkait dengan keyakinan pelabur. Sebagai pelabur noobie, fokus pada pengetahuan dan elak buat keputusan ikut emosi. Bila dah faham asas ni, barulah boleh jadi pelabur yang bijak! π‘
π° Hari ke-12: Tahun 2025 bakal jadi peluang keemasan untuk pelabur saham. Nak tahu kenapa?Β
Tahun 2025 bakal jadi peluang keemasan untuk pelabur saham. Nak tahu kenapa? Jangan lupa join webinar liveΒ β2025 Bursa Saham Outlookβ! PM saya untuk dapat link webinar (whatsappΒ 0127727849)
Dalam webinarΒ ni, Tuan Roslan akan kupaskan 5 sebab utama kenapa korang kena bersedia sekarang untuk rebut peluang di pasaran saham Malaysia.
Beliau akan kongsikan:
Kenapa banyak saham fundamental yang bagus tengah murah.
Bagaimana polisi global seperti president AS yang baru , Trump dan eksport negara boleh beri impak besar kepada syarikat Malaysia.
Peralihan modal dari pasaran global ke pasaran saham malaysia.
Potensi bullish rally Tahun 2025
Dan, kenapa kestabilan politik Malaysia menarik pelaburan asing.
PM saya untuk dapat link webinar (whatsappΒ 0127727849)
π° Hari ke-11: Melabur dalam saham boleh jamin keuntungan ke?
Ramai yang selalu tanya,
"Weng, guarantee ke boleh jana duit ni?"
Jom kita cakap pasal God of Investment, Warren Buffett. Tahukah anda, walaupun dia ni legend dalam dunia investment, successful rate dia dalam memilih pelaburan yang betul cuma sekitar 60-70% sahaja?
Maknanya, tak semua yang dia sentuh bertukar jadi emas. Tapi beza dia ialah strategi, ilmu, dan kesabaran.
Kalau anda jenis yang tak suka ambil risiko langsung, nak letak duit pastu rileks tengok snowball sendiri, senang je... letak kat KWSP. selamat dan ada pulangan .
Moralnya? Tak ada shortcut dalam dunia investment. Risiko itu normal, tapi kena pandaiΒ manage.Β π
πΉDay 10 : Trading vs Investing Apa Perbezaan MerekaΒ
1. Tempoh Masa
Trading:
Macam bercinta sekejapβhari ni beli, esok dah jual. Ada untung, bye-bye!
(βHello saham! Eh, bye saham!β)
Investing:
Macam cari pasangan hidupβkena sabar tunggu 5-10 tahun untuk hasil yang berbaloi.
(βSaya setia dengan awak sampai kita sama-sama kaya!β)
2. Matlamat
Trading:
Macam pergi pasar malamβnampak peluang, terus tangkap murah, lepas tu jual mahal.
(βBeli pisang goreng 5 sen, jual balik 50 sen!β)
Investing:
Macam tanam durian Musang Kingβkena tunggu lama, tapi bila dapat, puas hati.
(βSekali dapat untung, boleh makan sampai cucu cicit!β)
3. Stress Level
Trading:
Macam menonton drama Koreaβemosi naik turun setiap minit.
(βSaham naik! Yes! Eh, saham jatuh! Adoiβ¦β)
Investing:
Macam tengok pokok membesarβtenang dan rileks.
(βTak apa, pokok ni dah besar nanti boleh jual buah.β)
4. Kajian
Trading:
Macam main teka-tekiβanalisis cepat, βbeli atau jual?β
(βCandlestick hijau, BUY! Candlestick merah, SELL!β)
Investing:
Macam buat thesis PhDβkaji syarikat, baca laporan kewangan, tengok CEO rajin ke tak.
5. Risiko
Trading:
Risiko tinggi, macam main snookerβkalau tak fokus, tersilap tembak, bola jatuh masuk lubang lawan.
(βArgh, rugi lagi!β)
Investing:
Risiko lebih rendah, macam main caturβada masa nak fikir strategi.
(βRelax dulu, biar ROI jalan sendiri.β)
Jadi, nak jadi trader atau investor? Dua-dua boleh, asalkan seronok dan tahu apa yang dibuat! π
π³Day 9 : Maksud Saham yang bagi dividend
Saham yang bagi dividen ni macam pokok durian β tanam sekali, tiap-tiap tahun dapat makan buah (kalau pokok tu rajin berbuah la!). Di Bursa Malaysia, saham macam Maybank dan Public Bank ni rajin bagi βbuahβ dividen.
Senang je, dividen ni duit lebih syarikat bagi kat kita sebab kita "shareholder." Boleh guna buat belanja kopi atau tambah lagi saham. Tapi ingat, bukan semua saham rajin bagi dividen, ada yang cuma bagi janji manis je. Jadi pilih pokok durian yang betul, jangan tanam pokok kelapa sawit kalau nak makan durian! π
π€²Day 8 : Apakah itu saham patuh syariah dan bagaimana cara menyaringnya?Β
Melabur dalam Pelaburan Patuh Syariah
Pada dasarnya, hukum melabur saham adalah harus, namun ia mestilah disandarkan dengan beberapa dawabith yakni syarat antaranya adalah mestilah melabur dalam pelaburan patuh Syariah oleh kerana pelaburan yang tidak patuh Syariah berpotensi besar mengandungi unsur riba, gharar (ketidakpastian) dan sebagainya yang wajib bagi seseorang individu Muslim menjauhkan diri daripadanya.
Allah SWT telah berfirman di dalam al-Quran:
ΩΩΨ£ΩΨΩΩΩΩ Ψ§ΩΩΩΩΩΩΩ Ψ§ΩΩΨ¨ΩΩΩΨΉΩ ΩΩΨΩΨ±ΩΩΩ Ω Ψ§ΩΨ±ΩΩΨ¨ΩΨ§Ϋ
Maksudnya: βPadahal Allah telah menghalalkan berjual-beli (berniaga) dan mengharamkan riba.β
Surah al-Baqarah (275)
Dalam ayat ini, Allah SWT telah menyatakan larangan bagi orang Islam untuk beramal dengan perbuatan riba. Dan Allah SWT juga menjanjikan balasan serta azab yang pedih bagi mereka yang melanggarinya.
Begitu juga hukumnya bagi pelaburan dalam bank konvensional iaitu haram hukumnya kerana pelaburan tersebut tidak dibangunkan mengikut konsep pelaburan Islam dan turut melabur di dalam sektor-sektor tidak patuh Syariah yang melibatkan perjudian, riba dan juga gharar.
Oleh yang demikian, wajib bagi setiap individu muslim untuk melaburkan wang mereka di dalam pelaburan yang patuh Syariah, agar tidak tergolong dalam golongan mereka yang dijanjikan azab pedih lagi menyeksakan oleh Allah SWT di akhirat kelak.
sumber:https://muftiwp.gov.my/ms/artikel/bayan-linnas/4501-bayan-linnas-siri-ke-228-pelaburan-patuh-syariah-di-bursa-malaysia-i
Apakah kaedah penyaringan yang digunakan?
MPS SC memaparkan saham tersenarai berdasarkan kaedah tertentu. Sebagai penyaringan awal, syarikat-syarikat dengan kegiatannya tidak bertentangan dengan prinsip Syariah akan diklasifikasikan sebagai sekuriti patuh Syariah. Sebaliknya, syarikat-syarikat akan dianggap tidak patuh Syariah sekiranya mereka terlibat dalam aktiviti teras berikut:
Perkhidmatan kewangan berdasarkan riba (faedah);
Perjudian;
Pembuatan atau penjualan produk bukan halal atau produk berkaitan;
Insurans konvensional;
Aktiviti hiburan yang tidak dibenarkan menurut Syariah;
Pembuatan atau penjualan produk berasaskan tembakau atau produk berkaitan;
Pembrokeran saham atau perdagangan saham pada sekuriti tidak patuh Syariah, dan
Aktiviti lain yang dianggap tidak dibenarkan menurut Syariah.
Senarai Saham Patuh Syariah:
Sila klik di sini untuk senarai penuh sekuriti patuh Syariah, yang ditanda dengan β[S]β.Β
sumber:https://www.bursamalaysia.com/bm/trade/our_products_services/islamic_market/shariah_governance/shariah_screening_methodology
π€£Day 7 : Berapa saya boleh dapat pulangan dengan melabur kat saham bursa?
Pulangan saham di Bursa Malaysia memang seronok dibayangkan, tapi ia bergantung pada beberapa faktor: strategi pelaburan, jenis saham, dan keadaan pasaran. Jom kita tengok anggarannya:
Syarikat besar (blue-chip) biasanya bagi dividen 3%-6% setahun.
Contoh: Labur RM10,000, dapat dividen 5% β RM500 setahun. Easy money, kan? π
Beli murah, jual mahal.
Contoh: Beli saham pada RM2.00 dan jual pada RM3.00 β Pulangan 50%! Tak ke best? π
Kalau pilih saham yang power, boleh dapat dividen + kenaikan harga saham.
Purata pulangan? Sekitar 10%-20% setahun, bergantung pada pasaran. π±π°
Pasaran Bull (Positif): Pulangan boleh capai 20%-30% setahun. π
Pasaran Bear (Negatif): Harga saham boleh jatuh, risiko ada. π»
Kesimpulan:
Saham Bursa ni macam main strategi β kena pilih saham yang tepat dan bersabar. Kalau buat dengan betul, dompet boleh makin tebal! πΈπ₯
π€£Day 6: Jenis-jenis pelaburan di Bursa MalaysiaΒ
Saham Biasa β Pelaburan All-Time Favourite
"Beli saham, tunggu dia naik, lepas tu jadi kayaβ¦ atau at least dapat dividen untuk beli kopi Starbucks!" βπ
Waran β Tiket Diskaun Saham
"Macam dapat kupon beli saham pada harga promo, tapi kena cepat guna sebelum expired!" ποΈπ¨
Dana Dagangan Bursa (ETF) β Buffet Pelaburan
"Tak tahu nak pilih saham mana? Pilih ETF, macam ambil semua lauk buffet β pasti ada yang sedap!" ππ
Bon dan Sukuk β Pelaburan Jalan Tenang
"Kalau tak nak sakit kepala tengok saham naik turun, bon dan sukuk ni macam pelaburan slow but steady." π’πΈ
Derivatif (Niaga Hadapan & Opsyen) β Main Dengan Risiko
"Ni macam level pelabur pro, seronok tapi bahaya. Salah langkah, boleh menangis depan skrin komputer." π’π»
Saham Patuh Syariah β Untuk Pelabur Halal Lovers
"Pelaburan ni sesuai untuk yang nak duit berkat sambil tak perlu risau pasal halal haram." πβ¨
Nota Santai:
Pilih pelaburan yang sesuai dengan gaya hidup dan risiko anda. Jangan main rembat semua, nanti dompet menangis! π
π°
π°Day 5: Masa paling sesuai untuk jual saham
Harga Capai Target
"Beli saham RM2, target nak jual RM3. Bila dah naik ke RM3, jual lah! Jangan tamak, nanti 'nasi dah jadi bubur', untung dah jadi angan-angan!" π―πΈ
Nilai Overvalued (Terlalu Mahal)
"Beli saham RM2, tiba-tiba sekarang RM5 tanpa sebab kukuh. Syarikat tak keluar produk baru, CEO pun tak jadi selebriti. Jual cepat sebelum orang sedar saham tu 'overhyped' macam trend bubble tea!" π§ππ₯
πDay 4: Masa paling sesuai untuk beli saham
Masa paling sesuai untuk beli saham ialah bila harga saham tu undervalued β macam dapat beli iPhone harga promosi RM500, tapi kualiti tetap mantap. Dah murah, power pulak tu! Siapa tak nak?" ππ±π₯Β
π₯³Day 3: Harga saham berubah mengikut sentimen pasaran.Β
Saham ni ibarat rollercoaster, naik turun sebab permintaan & penawaran. Ni faktor utama yang main peranan:
Prestasi Syarikat
Keuntungan naik: Pelabur excited, saham pun naik. π
Keuntungan turun: Keyakinan hilang, saham pun merajuk. π
Sentimen Pasaran
Sentimen positif: Semua happy, saham naik. π
Sentimen negatif: Semua risau, saham jatuh. π
Berita & Peristiwa
Berita baik: Contoh, syarikat umum produk baru β saham naik. π
Berita buruk: Skandal? Denda? Saham pun terjun. π
Aktiviti Pelabur Besar
Institusi beli banyak: Permintaan tinggi, saham naik. π
Institusi jual banyak: Penawaran tinggi, saham jatuh. πΈ
Faktor Ekonomi Global
Ekonomi kukuh: Saham senyum. ππ
Ekonomi lemah: Saham pun ikut murung. π
Kesimpulan: Saham naik bila semua happy dan yakin, tapi bila takut, harga terus goyah macam orang panik beli barang masa sale! π’
πDay 2 :Fakta CDS Akaun
CDS akaun macam AffinHwang, MooMoo, dan MPLus ni ibarat kedai hardware β dia cuma bagi alat untuk beli dan jual saham je. Tapi nak buat duit? Itu bukan kerja dia. Nak kaya, kena ada ILMU β macam tahu alat mana nak guna untuk cari saham berpotensi. Kalau tak, pegang tukul pun takkan jadi rumah!" π οΈππ
πDay 1 :Harga saham = Prestasi syarikat.
Di sebalik setiap saham yang kita beli, ada sebuah syarikat. Harga saham tu ikut rapat prestasi syarikat β kalau syarikat untung besar, harga saham naik. Kalau syarikat rugi, harga saham pun jatuh sama. Jadi, sebelum melabur, kaji dulu prestasi keuntungan syarikat tu. Bak kata orang, jangan beli kapal yang dah nak karam! π’ππΒ
DAY 37: